Beef Potato Pie (Simple)
Saturday 12 January 2013 • 5:14 pm • 0 comments
Oleh : Puspa Wangi

Pastri:

5 cawan tepung gandum
150gram butter yg keras
Garam secubit
Air ais 3-4 sudu

Inti:

Daging cincang sepaket
Ubi kentang 3-4 biji ikut saiz
Herbs (oregano,rosemary,thyme,blackpepper and etc)
Susu 1/3 cawan atau cooking creme
Garam
Bawang besar Holland 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Air

Cara penyediaan:

1. Potong butter yg keras jd kiub kecil2 dan gaulkan dgn tepung dan secubit garam. Guna garpu. Pastikan semuanya sebati dan texture nya sama seperti bread crumbs iaitu lerai-lerai. Kalau texture dah tepat, tak perlu tambah butter lg. Kemudian masukkan air sejuk dan gaul sehingga tepung xmelekat dan boleh di uli. Rehatkan dlm peti sejuk selama 20 min.
2. Tumis bawang yg di cincang dadu. Kemudian masukkan kentang yg di cincang dadu bersama daging cincang. Kacau dan tambah air dah biarkan semuanya empuk.
3. setelah semuanya empuk, masukkan semua herbs mengikut citarasa masing-masing, garam dan susu utk menambah rasa lemak. Pastikan texture inti xterlalu berair dan xterlalu kering.
4. Canai adunan pastri dan letak dlm bekas pie. Nak buat kecil-kecil pon boleh. Canai bg agak nipis dan sekata. Kalau terlampau tebal nnti tak sedap. Setelah itu, letakkan inti ke dalam pastri. tutup dengan adunan pastri yg lain. rapatkan keliling pastri dan tekan kelilingnya dngan garfu atau buat corak yg disukai. Toreh pastri atau cucuk dgn garfu supaya udara masuk. Sapu telur kuning di atas.
5. sebelum itu panaskan dulu oven selama 15 min dgn suhu 180 darjah celcius.
6. Masukkan pie. dan bakar selama 30 min. kalau masih belum garing, bakar lg selama beberapa minit.

Selamat mencuba! :)



PASTNEWER
ABOUT ENTRY LINKS



heyy;

O Allah, ease everything that is difficult for me. Matikan lah aku dalam keadaan beriman kepadaMu Ya Rabb. Amin Ya Rabbal Alamin.



PAST STORY(S);

Taufu Fah
Chicken Wing Smoked Deli.
Heterochromia.
10 perangkap syaitan..
sharing a recipe :)
di sini...
list-to-do
#5 food review.
#4 food review
#3 food review :)