Resepi Satay Ikan!
Thursday, 22 May 2014 • 12:09 pm • 0 comments
salam.. satay ikan! nyum nyum. hahaa. ecah suka satay ikan. saya pun suka. saja nak share resepi ni. hewhew
LOKCHING @ Satay Ikan Oleh:Norashikin Rahmat cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahan sate: 500g isi ikan selayang – dikisar lumat 100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji 1 biji bawang besar - dikisar 1 sudu besar garam 1/3 sudu teh serbuk perasa – optional 1 sudu besar baking powder Cara : 1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. 2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder. 3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. 4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Angkat. 5. Kemudian cucukkan pada lidi dan bakar. p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan. Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa. SOS MANIS Bahan-bahan: 4 ulas bawang putih – dikisar lumat 1 ½ cawan air 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air 4 sudu makan gula ½ sudu makan garam Sedikit serbuk perasa Sedikit pewarna merah Cara memasak: 1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak) 2. Masukkan air. 3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau. 4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih. 5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang. • Untuk sos pedas, pula, saya bahagikan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. |
heyy;
PAST STORY(S); ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |